Friday, August 5, 2011

setengah berisi setengah kosong?

dear readers,,,
korg faham x ngan tajuk entri aku ni???
tajuk ni aku amek dr satu buku yg bertajuk setengah berisi setengah kosong oleh 
parlindungan marpaun
tu nama org yg tulis buku ni ye

ni la buku nye

ni blkang buku tu...harga rm25

kat entri ni aku tertarik plak nak kongsikan salah satu kisah yg ade dlm buku ni
buku ni merupakan satu buku motivasi yg sangat sangat bagus tuk di baca

ok....ni salah satu kisah dari buku ni :

seorang pekerja muda yang bertugas di bahagian promosi sebuah syarikat yang memasarkan pakaian dalam wanita di minta oleh penyelianya bagi melakukan kaji selidik di sebuah kawasan pendalaman. tujuannya bagi melihat jika terdapat pasaran untuk barangan mereka. apabila tiba di kawasan tersebut, pemuda ini sungguh kecewa kerana melihat hampir semua wanita di situ tidak memakai pakaian, apatah lagi pakaian dalam. "tidak mungkin ada permintaan untuk pakaian dalam di tempat ini" katanya tegas dan kembali ke ibu pejabat.

penyelianya tidak mempercayai apa yang di ceritakan pekerjanya itu lalu menghamtar seorang lagi pekerjan muda melakukan kaji selidik di tempat yang sama. setibanya di situ, pemuda dia terkejut melihat begitu ramai wanita kawasan pendalaman itu tidak memakai pakaian dalam. "ini satu kesempatan yang cukup baik jika kami dapat memperkembangkan perniagaan di sini, sudah tentu wanita2 ni kelihatan lebih sopan". katanya dangan penuh semangat dan segera menghubungi ibu pejabat dan memberitahu terdapat stu kawasan baru yang mempunyai harapan untuk di terokai.

ok.....ni la kisah nye...agak2 korg la kan...pe yg korg dapat dr kisah ni???
















hmm














dapat pape x??














ni moral story dia :

- 2 org yg berbeza tapi mempunyai latar belakang kerja yg sama dan melihat situasi yg sama tetapi berbeza pandangan. sorang optimis dan sorg lagi pesimis. perubahan situasi pasaran dan linkungan perniagaan membuatkan setiap orang bertindak balas dengan cara yang berlainan.

- permasalahan hidup seseorang sama ada peribadi ataupun berkaitan pekerjaan sering kali di lihat sebagai sisi gelap dalam perjalanan kerjaya dan kehidupan seseorang . ada pepatah menyebut : " bukan peristiwa yang penting, tetapi bagaimana cara kita bertindak balas terhadap peristiwa itu yang menentukan mutu diri kita.

ulasan dia sangat panjang la
di sebab kan aku x bpe rajin nak taip pnjang2 ni
korg beli je la buku dia sendiri dan baca smpai habis....mmg x rugi pun
kisah2 dlm buku ni umum....tuk remaja boleh,,tuk org berkerjaya,,tuk ibu bapa,,tuk cikgu2
tuk kanak2 asenye x kot...x sesuai lg peringkat umo dorg
k la...ni kata2 terakhir sebelum aku menghabiskan kisah ni...dr John Wesley :

" lakukan yang terbaik yang mempu anda lakukan dengan sepenuh daya upaya dan kemampuan dengan cara apa sekali pun, di mana sahaja, bila2 masa, kepada sesiapa pun, sehingga anda sudah tidak mampu melakukannya lagi " 

akhir kalam....selamat menjalani ibadah puasa tuk ari ni

(n_________n)

1 comment:

Unknown said...

hurm xminat bca novel.. xpndai nk menghayati.. huhu