Tuesday, May 31, 2011

boleh ke???

dear readers......
boleh ke klu aku nak maki hamun dalam blog ni???
boleh ke???
nti agak2 de org kan terase x???
tapi...aku bkn jenis yg suka2 nak makin hamun org ni
x baik...lg pun kan ke aku ni pompuan....stahu aku org pompuan x elok nak kua kan kata2 kesat kan...tu nma nya x bersopan langsung...mak ayah aku pun x aja

hmmmm

aku bkn pe...tbe2 ase sedih gle...ase cam nak nangis pun de gak
tgk je lua cam blurr je...cam x amek port je pe org cakap

tapi!!!

korg sume lupe ke???
aku ni manusia gak...mesti la de ati dan perasaan
aku pun cam korg gak...penah wat salah...penah wat silap
tu adat kehidupan la

pada yg cakap terus terang ngan aku tu mmg bagus la...aku mmg x kesah
kurang2 aku tau gak pe salah aku
pada yg cakap blakang pun aku x kesah...cam bnde tu aku x penah wat kan

tbe2 aku ase sangat,,,,sangat,,,,sangat rindu kat mak ayah aku...umah aku...kucing2 aku
bg aku dorg je yg x wat aku terase tau
ble jd hal cam ni mula la aku ase nak blek umah skang ni gak
tapi pe bleh wat...aku kat langkawi lg

lambat lg ke nak blek...aku dah x leh tahan nak duk sini dah
de je masalah yg jadi
pas satu satu....cam ne aku nak wat???
x happy la hidup cam ni

cume satu cara je yg aku ase munasabah stakat ni......
DIAM tu lebih baik dari berkata-kata kan
kan de hadith nabi yg cakap cam tu
sepatut nye praktik kan awal2...bkn nye ble dah de masalah bru la nak wat kan???


**pape pun aku still panding kan cte lg...x de mood nak cte....tgk ar mlm kang....klu x de pape hal aku cte ye..ni pun sekadar nak luah kan perasaan je.....x tau nak cte pade sapa...mungkin ngan menaip lebih baik dr bercakap kan.....thanks pade sapa2 yg sudi bace entri aku ni...





Monday, May 30, 2011

mintak maaf lagi

sori la sume ye...aku panding beberapa cite lg
bkn pe...x leh nak duk dpn latop ni lame2...bnyak je kojo nye
so...nti aku cte pnjang2 ye

daaaa~

Sunday, May 29, 2011

short entri

just for the short entri
i nak kua jalan2 ni...so
blek nti i cte panjang ye....

(^_______^)

saye mintak maaf

dear readers....
tertarik x ngan tajuk entri aku???
ha....bukan pe....ini ari ar....aku sgt penat la
x larat nak post entri panjang2

sebab nye :

1 - saye dok kemas umah dari pagi sampai petang
2 - ciap basuh2 lg
3 - basuh kain yg dah cam gunung everes tu
4 - cuaca yg sgt elok...panas
5 - aku pun nak blah dah dari sini (langkawi)

so,,sebelum mem"berambus"kan diri dari sini....kena la kemas2 pape yg patut kan
k ar...mata dah ngantuk....badan dah penat....makne nye kte kena

TIDUR!!!!!


Saturday, May 28, 2011

aku suka ni.....

hai readers....
aku nak gtau ni 
skang kan ngah pemes ngan akasia nora elena kan
ni ha...aku suka tang ni 


lagu dia je la...bes plak ble ari2 layan tgk cte ni
bleh tahan ar erry putra n reen rahim ni nyanyi...gandingan yg sungguh ngam

(^_________*)

x leh tahan....

aku memang x leh tahan gelak la klu nengok iklan ni
siyes lawak....
nak tau iklan pe???
semestinya iklan corntoz!!!


hahahahahahaa~

^___^

Friday, May 27, 2011

bila usha.........

dear readers....
bila aku usha belog ni la 
and
dan

keinginan tuk aku blek umah tu sungguh kuat
(ayat poyos je kan)
ye la...dah 3 bln kot aku x pegang oven ngan dapur mak aku tu
windu ase nye nak masak kat umah
nak bia family aku ase pe yg aku masak
nak bg kawan2
kawan2 adk aku
nak bg............
errrkk???

tapi siyes ar....aku mmg suke masak2 ni...mak aku pun suke bising
dia slalu cakap.......
"ko ni...masak2 ni sapa nak makan??"
aku jawab........
"bia la mak...de je org nak makan tu nti"

gtu la mak aku suka bebel kat aku....tapi,,,yg tu la yg aku suka dgr...hehehe
tp,,,tu la...blek nti x tau la smpat ke x nak masak2 ni
mse yg ade short sgt
kna blek kolej wat report lg

arap2 dpt la kan....aku nak try resipi yg aku amek dr link2 kat atas tu
menarik je aku tgk....jd @ x,,,yg tu blakang kire ye

hehehe~

^_______^

berkesempatan

dear readers.....
sementara telah datang kesempatan aku nak menaip belog ni....bio la aku taip pe yg aku suke

hehehehehe

skang ni ngah tgu mse nak blek k.l je...windu tu...3 bulan kat bumi langkawi ni
siap demam2 lg bab cuaca sini x kena ngan badan
tapi!!! demi segulung ijazah...aku x kesah ngat la...lagi pun demam jap je...sehari dua je
x la lame

betul la banyak kenangan yg aku lalu kat sini
ngan org2 sini lg,,,ngan company lg,,,ngan kawan2 lg...
hmmm~
i will miss all the memories

tapi x pe...manusia ni banyak hidup ngan kenangan kan
klu x de kenangan cam ne nak matang kan....


(^___________^)

Wednesday, May 25, 2011

dear readers.....

just for short entry ok....
kte x leh nak bebelog wat mase ni...busy,,,busy,,,busy
banyak bnde nak wat
(semena nye nak siapkan report je)
so,,kte stop bebelog tuk seari dua je

hehehe

^^

Monday, May 23, 2011

x leh makan ni.....

dear readers,,
tbe2 aku terbace entri ni
saja la nak kongsi kan ngan blogger2 sume
kebanyak kan kte sume kan muslim...so x salah klu nak berkongsi info kan
jom usha :

SATURDAY, MAY 21, 2011


ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe


Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo

Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!


kata jer Malaysia ini negara islam?

tapi persekitaran?

kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!


Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!



Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’


Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )



8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011





Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.myuntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
TO'KI : DAH TAK PAYAH MAKAN KEK KE ROTI LAGI KOT, BAIK MAKAN NASI LEMAK JE!


sila2 la tgk blog tu ye....tuk kebaikan kte bersama gak

(@^_^@)

Saturday, May 21, 2011

cite ari ini 2#

dear my readers

maklumat ini ingin saya kongsikan bersam kaum hawa sekalian
it's just for ours information

SENGGUGUT!!!
ini mmg menjadi masalah pd kaum2 yg sama ngan aku ni...huhu~
meh aku kongsikan maklumat ni kat korg sume :

SENGGUGUT bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) ‘tumbuh’ di luar rahim — sama ada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menopang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik.

Tisu endometrium juga boleh berkumpul di hampir semua lokasi dalam badan, antaranya pundi kencing, usus, faraj, apendiks, rektum (dubur), parut pembedahan Caeserean (pembedahan ketika bersalin) termasuk tempat terpencil seperti otak, saraf siatik, paru-paru dan kulit.

Apabila ada di luar rahim, tisu endometrium menjadi pertumbuhan menyakitkan. Ia akan berubah bersama perubahan hormon ketika pusingan haid. Ketika haid, tisu ini juga akan pecah dan berdarah.

Bezanya, lapisan endometrium dalam rahim akan tanggal dan dikeluarkan bersama cecair uterin (sebagai darah haid) tetapi pendarahan daripada endometriosis tidak mempunyai jalan keluar. Pengumpulannya menyebabkan tisu di kawasan ia melekat menjadi radang dan berparut.

Sebagai tindak balas terhadap keadaan tidak normal ini, badan menghasilkan tisu parut untuk melingkungi tempat berkenaan. Keadaan ini menyebabkan wanita mengalami kesakitan dan tekanan pada pelvik atau senggugut setiap kali haid. Mereka juga akan berasa sakit ketika mengadakan hubungan seks.

Punca endometriosis masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya ia disebabkan aliran haid retrograd atau menyongsang; iaitu darah haid mengalir masuk ke dalam tiub Fallopian. Sel endometrium dalam darah haid akan melekat di tempat tertentu dan mula mendatangkan masalah.

Dianggarkan 10 hingga 20 peratus wanita mengalami gejala endometriosis sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, endometriosis boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak atau tidak.

Semua gejala endometriosis mungkin kekal, berkurang walaupun tanpa dirawat atau meningkat dengan tiba-tiba. Namun biasanya gejala ini berkurang ketika mengandung atau selepas menopaus.

Bagaimanapun, ada wanita mempunyai endometriosis tanpa mengalami gejala. Malah, tahap kesakitan dialami juga tidak boleh dijadikan pengukur saiz endometriosis kerana ada wanita berasa sangat sakit walaupun endometriosisnya kecil dan sebaliknya.

Senggugut tidak harus dianggap perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika anda mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an.

Selain masalah kesihatan, endometriosis boleh mempengaruhi kesuburan seseorang. Ini kerana kehadiran pertumbuhan endometriosis dalam tiub Fallopian misalnya boleh menghalang laluan telur dari ovari ke uterus untuk bersenyawa dengan sperma. Keadaan ini menyebabkan seseorang wanita sukar mengandung.

Kehadiran endometriosis menyumbang 10 peratus kepada masalah kemandulan dan dianggarkan 30 hingga 40 peratus wanita yang mempunyai endometriosis mengalami kesukaran untuk hamil.

Bahkan tisu parut yang terbentuk sebagai tindak balas terhadap kerengsaan daripada endometriosis akan kekal dan mungkin boleh menyebabkan kesakitan, walaupun selepas wanita putus haid.

RAWATANNYA : 
Rawatan bukan saja bertujuan meringankan kesakitan dan gejala endometriosis, tetapi lebih penting ialah menyekat penyakit ini daripada merebak dan memulihkan kesuburan pesakit kerana kemampuan untuk mengandung dapat dipertingkatkan jika endometriosis dirawat.

Selain itu, rawatan awal membolehkan seseorang wanita mengekalkan fungsi organ pembiakan kerana pada peringkat yang teruk, doktor mungkin terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan uterus dan ovari. Ini bermakna seseorang wanita akan putus haid cepat dan tidak berpeluang mengandung lagi.

Endometriosis boleh dirawat dengan menyekat tahap hormon estrogen dan progesteron yang merangsang pertumbuhan sel endometrium. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengambilan ubat atau pembedahan.

a. Ubat

# Pil pencegah kehamilan

Biasanya endometriosis dirawat dengan pil pencegah kehamilan. Pil ini akan menghentikan pengeluaran telur dan kitaran haid pesakit buat sementara waktu. Ia dapat mencegah endometriosis daripada merebak dan mengurangkan kesakitan. Bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai jika endometriosis masih kecil.


# Hormon estrogen

Pemberian hormon ini, sama ada dalam bentuk pil atau suntikan pada dos tinggi, boleh mengganggu fungsi ovari dan mengurangkan rangsangan terhadap pertumbuhan endometrium. Bagaimanapun, ia juga hanya sesuai jika saiz endometriosis kecil.


# Derivatif hormon lelaki (testosteron)

Diambil secara oral boleh menghalang badan menghasilkan hormon estrogen dan menghentikan pertumbuhan sel endometrium.


b. Pembedahan
# Pembedahan konservatif

Bagi mengekalkan kemampuan wan++ita untuk mengandung. Biasanya dilakukan kepada wanita muda dan masih mahu mempunyai anak. Pembedahan ini akan membuang lapisan endometriosis atau ia dimusnahkan dengan laser.


# Pembedahan bukan konservatif

Hanya dilakukan jika semua cara di atas tidak berkesan. Ia termasuk sama ada membuang ovari saja, ovari dan uterus atau ovari dan tiub Fallopian. Dalam kaedah ini wanita tidak akan berpeluang untuk mengandung lagi.

Justeru, masalah endometriosis perlu ditangani di peringkat awal. Jika anda mengalami masalah senggugut yang teruk, segera jalani pemeriksaan. Untuk maklumat lanjut mengenai endometriosis, sila layari laman web www.ogsm.org.my

GEJALA :
Gejala paling umum ialah:
# Kesakitan pelvik yang teruk ketika kitaran haid (sama ada sebelum, semasa atau selepas haid). Ada kala kesakitan menjadi lebih teruk pada penghujung haid.
# Sakit ketika mengadakan hubungan seks.
# Sakit dalam usus ketika haid.
# Sakit ketika buang air kecil.
# Abdomen (perut) kembung ketika haid.
# Pendarahan yang banyak atau tidak menentu.
# Kelesuan (akibat pendarahan terlalu banyak).
# Cirit-birit atau sembelit.

INFOMATION 

Friday, May 20, 2011

cite ari ini 1#

assalamualaikum n pe kaba org yg bace belogku
huhu~
ni aku nak cte sal seko haiwan yg very very very amazing
nak tau pe dia??
ni haaaa


tadaa........cumel kan...ni bkn haiwan peliharaan aku pun...saja je tbe2 nak knl kan kat kome sume
nama : chameleon
spesis : cicak

yg len2 aku x tau...hehehehe
yg bagus nye ngan haiwan ni adalah.....boleh berubah warna
ye...dia mmg boleh berubah warna...santek plak tu

cantek kan???

kaler oren

ni je yg aku nak gtau...hahaha~
ni pun sebab bos aku bkak video sal dia...tertarik la gak

moh kte layan......


 *kredit to google n you tube


Monday, May 16, 2011

kojo...kojo......

ari ni org cuti kami berkojo....po la naseb den ni ha
tapi x pe...x kesah sgt pun...cuti ke x ke...same je
tetap kena keja gak
almaklum la praktikal
x sabo nak blek umah dah
tinggal lg ////////////////// ari je 
ekau kiro la bpo lidi tu

hahahahaha

la ni keje2 yg aku dpt dah semakin nak ciap
skang tinggal nak wat report je sebelum 26 ni

pape pun..............

sabo je la

ni gambar kiah...mber aku...hahaha

bohsan dlm ofis....huhu 


(@^____________^@)  



Sunday, May 8, 2011

ciTe pEbrEt aKu

assalamualiakum dan selamat malam sume
 malam ini kte berkisar kan cte pebret aku...cte movie komik dia sume aku suke tengok
hehehe
ini adalah salah satu pebret aku...klu bab ni aku mmg otaku (kipas susah mati) la ckit
sume sal cte ni mmg aku suke
nak tau cte pe??mesti la one piece 

(ni la dia)
ni la manga yg sgt aku suke...huhu
^_____________^  

skang pun aku melayan cte ni dlm web....syok gle layan cte ni...smpai nangis2 aku ble bce part ni :

 (tacing gile)

cite ni mmg aku layan lame dah...bpe taun pun aku x ngat dah....ase nye dr aku form 2
lame kan...ni sume abg aku pny pasai la...ngajo org bce komik
hehehehe
dlm family aku bkn aku sorg je yg suke...sume adik beradik aku pun suke bace....ngan sepupu2 aku sekali la...cte ni memang best
sampai kan kicing yg aku beli pun lesap ntah ke mana
ari tu mase g kenduri kat johor aku jumpa ni dan terus beli
limited edition :
 (kapal crew luffy....sunny)
mmg gle kan aku ni....smpai bnde cam ni pun nak beli
kebetulan aunty tu bg murah...beli je la
pape pun cte ni mmg best
klu korg ni minat anime dan nak bce manga dia....sila la lawati :

(monkey D luffy...merangkap hero aku...kapten kapal)

(wanted...crew yg dikehendaki)

(comel kan)

jgn lupe bce manga bile anda buhsan....hahaha

(@^__________^@)




Thursday, May 5, 2011

my feel today

assalamualaikum n slamat sejahtera...
hari ni sy hny nak cte sal feel sy je
hehehe~
(buang tebiat dah aku tulis cam tu)
setelah sekian lme aku x wat tour...maka tiba la hari ini (tetibe je nak ckp skema)
sblum masuknya waktu zohor...maka aku bersama zakiah pergilah ke mardi untuk menjemput guest kami di sana...setibanya di sana..kami terpaksalah menunggu selama 20 minit.....apabila sampainya guest di sana...maka mereka pun pergi lah tour di mardi tu
(pe la aku merepek ni kan...huhu)

aku just nak cte ni je...(malas nak taip pnjg2)
hehehe
pe yg aku ase rini adalah :
penat + ngantuk + lapo = tour  (ni mse ptg td la)

(ni la mardi nye)

hahaha
mmg aku buang tebiat rini...tbe2 je nak promot mardi langkawi ni nape...aku pun x tau...xpe2...moh den cito sal tour den rini..mardi merupakan tempat pertama yg depa org ni lawat...
banyak tu dorg ni beli kristal...nak kata murah x la...nak kata mahal pun...ntah ar

(ini antara kristal yg de kat langkawi)

tapi...guest tu x beli yg ni...dorg beli rantai...santek
ok...back to da story...pas g mardi ktorg g telaga air hangat...yg ni jap je...bkn de pe sgt pun...pas tu ktorg ke ayaq terjun durian perangin...bab kan guest aku ni agak berumo...so x larat la nak nek air terjun yg tngi2 tu
tp kat sini pun dia bntai shoping bnyk2...tenat la...aku yg ngeko ni yg penat

pas tu ktorg ke complex craft langkawi....kat sini pun dia bli gak
huhu
pas tu kami pun blek...pape pun tour rini mmg best
aku ciap dapat ini!!

(10 riyal sudi)

yeye...ni guest tu la yg bg...walaupun ble tuka duit m'sia ckit...tp x pe...yg penting kenangan tu

(^__________^)